Pengikut

Jumaat, 26 Jun 2009

langkah-langkah menangani masalah kenaikan harga barang

Dewasa ini kenaikan harga barang-barang keperluan harian semakin membebankan pengguna. Barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan minyak masak dinaikkan harganya tanpa memikirkan kesusahan pengguna. Pelbagai alas an diberikan peniaga atas kenaikan harga barangan keperluan. Antara alasan mereka ialah kos hidup yang tinggi dan mereka membeli dengan pemborong dengan harga yang mahal. Hakikatnya kenaikan harga barang keperluan mengakibatkan peningkatan inflasi selain menyusahkan pengguna. Justeru itu langkah-langkah proaktif hendaklah diambil sebelum peniaga menaikkan harga barang keperluan sewenang-wenangnya.


Langkah yang pertama ialah kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang kenaikan harga barang. Kerajaan perlu mengambil langkah tegas dalam memerangi masalah kenaikan harga barang keperluan. Langkah seperti mengenakan denda kepada peniaga merupakan langkah yang dirasakan perlu diambil oleh kerajaan. Hal ini akan membuatkan peniaga berasa takut dan berhati-hati umtuk menaikkan harga barangan. Oleh itu persatuan peniaga harus berbincang dahulu dengan kerajaan sebelum menaikkan harga barang. Selain dari mengenakan denda kerajaan juga boleh menarik arau membatalkan lessen perniagaan mereka. Kerajaan tidak sepatutnya memberi muka kepada peniaga-peniaga seperti ini. Hal ini kerana peniaga seperti inilah yang menyebabkan rakyat menderita akibat kenaikan harga barang. Kesimpulannya hanya ketegasan kerajaan dapat melemahkan sedikit kuasa peniaga supaya mereka tidak terburu-buru menaikkan harga barang.

Selain itu pengguna juga hendaklah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menundukkan peniaga. Rakyat Negara ini hendaklah menjadi pengguna yang bijak. Mereka seharusnya peka dengan apa yang sedang berlaku. Pengguna tidak boleh hanya dengan menyalahkan kerajaan dapat menurunkan harga barang. Hakikatnya kuasa pengguna lebih besar lagi. Pengguna boleh mengadakan kempen memboikot barang yang dinaikkan harganya. Sebagai contoh Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA) mengadakan kempen memboikot kedai atau premis-premis perniagaan yang menaikkan harga barang keperluan harian. Langkah yang diambil ini merupakan hak rakyat Malaysia sebagai pengguna. Sebagai pengguna seharusnya arif tentang hak-hak mereka sebagai pengguna. Dengan cara memboikot pengusaha premis dan kedai akan merasakan perniagaan mereka tergugat dan akhirnya akur untuk menurunkan harga barang keperluan.




Selain itu, pengguna juga haruslah melakukan tinjauan harga di semua premis jualan dan membandingkan harga barangan tersebut. Sebagai contoh harga serbuk kopi di Premis A ialah RM 3.60 manakala harga serbuk kopi di Premis B ialah RM 2.80. Harga serbuk kopi di Premis B jauh lebih rendah berbanding di Premis B. justeru itu sebagai pengguna yang bijak mereka akan membeli koi di Premis B. Dengan melakukan tinjauan harga kita dapat mengenalpasti Premis mana yang mempunyai harga barang yang berpatutan. Kadang-kala sesetengah premis mengadakan jualan murah pada hari-hari tertentu. Justeru itu pengguna haruslah mengambil peluang membeli barang yang murah tersebut dengan kuantiti yang banyak. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan pengguna pada masa hadapan. Hal ini kerana harga barang yang diturunkan hanya sementara kemudiannya dinaikkan semula oleh peniaga. Oleh itu kita sebagai rakyat yang prihatin harus sedar akan hak-hak kita sebagai pengguna.

Konklusinya, semua pihak hendaklah sama-sama membanteras kenaikan harga barang keperluan. Pihak kerajaan haruslah tegas dalam menurunkan harga barang. Kerajaan perlu tegas dengan peniaga untuk mengekalkan momentum harga berpatutan. Pengguna juga harus sedar akan hak-hak mereka seagai pengguna. Jangan sekadar laungan menurunkan harga barang malah kempen memboikot premis juga harus mendapat sokongan padu dari pengguna. Oleh itu, barulah harga barang kekal dalam jajaran menurun.

24 ulasan:

  1. boleh tahan la..dapat la information ckit..

    BalasPadam
  2. thanz...dpat sye jdikan rujukan,,

    BalasPadam
  3. thnks sbb dh bg sdkit info

    BalasPadam
  4. Perlu masukkan lebih lg info ttg isu ni.

    BalasPadam
  5. takde peribahasa ke??

    BalasPadam
  6. hahahahahaha...kelakarla karangan awak ni..nak yang lain ...nak yang lain...ahdfduhgsduygrtfwyrf

    BalasPadam
  7. .................

    BalasPadam
  8. FOZI RABUN VS ORIX VS POKLEH

    BalasPadam
  9. karangan ini mantap

    BalasPadam
  10. bagus bagus kw bha kuntam doraemon besar dahi

    BalasPadam